BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Isnin, 19 Jun 2017

Rasa sayang itu anugerah Allah

Wahai hati, teruslah bertabah, menjadi kuat sekuat cinta ini. Kadang aku menyesal kerana terlalu mengharap , terlalu percaya cinta ini akan berakhir dengan ikatan yang sah, namun aku silap, perkenalan kami hanya 7 tahun, bukan selamanya. 7tahun membuatkan aku sedar, bahawa cinta dan sayang itu tak seharusnya aku memiliki, kehilangan ini membuatkan aku lebih kuat dan tabah kerana aku sudah penat dipermainkan, bertahun aku pertahankan, namun belum menjadi yang terbaik padanya. Semoga apa yang terjadi ini ada hikmah yang terbaik untuk kita. Cinta dan rasa sayang ini anugerah Allah, "Kun Fayakun" jika Allah meng kehendakinya, ia tetap akan terjadi. Dan sesungguhnya aku redha, dengan apa yang terjadi. Air mata pun sudah kering untuk mengalir dan tiada apa lagi yang perlu diratapi. 

Move on, hanya mudah diungkapi tapi tidak mudah untuk menjalani proses "MOVE ON" itu, bertahun lamanya pun tidak menjamin hati ini sudah tiada isinya. Kerana aku hanya manusia biasa, yang tidak mudah untuk mengaku aku cinta dan sayang, tapi sekiranya sayang dan cinta ini sudah terlanjur tanpa disedari, aku tidak mudah untuk menolak rasa hati ini. Dan aku akan setia dan akan selalu pertahankan perhubungan ini. Tapi sekiranya, move on ini berjaya, dan aku bukan lagi insan yang dulu kau kenali, sekali hati ini sudah penat n serik untuk menanti, aku tidak akan toleh balik untuk itu. 

Segala ujian yang aku terima ini terlalu berat untuk aku menerima segala apa yang terjadi. Namun aku percaya, akan ada yang lagi baik untuk kau dan aku, yang datang untuk melengkapi hidup hati dan juga hari hari kita . Kenangan itu bukan mudah untuk kita lupakan, mungkin bagi aku, tapi tidak bagi kau yang berjaya memasuki dia dalam perhubungan kita. Semoga kau berbahagia. Bukan mudah untuk memaafkan, dan bukan mudah juga untuk memaafkan, sedangkan aku tahu, kemaafan itu kunci ketenangan. Aku akan cuba, untuk melenyapkan segala rasa .